Understanding cognitive issues after stroke
Fungsi kognitif merujuk kepada proses pemikiran. Ini adalah tentang bagaimana otak anda memahami, menyusun, menyimpan dan memperoleh semula maklumat. Kesukaran daya kognitif boleh terjadi selepas diserang angin ahmar. Jenis masalah daya kognitif yang mungkin anda alami bergantung kepada lokasi kerosakan otak akibat serangan angin ahmar.
Ramai orang mengadu tentang masalah daya ingatan selepas diserang angin ahmar. Anda mungkin dapati bahawa anda memerlukan lebih banyak masa untuk memproses maklumat atau mempelajari sesuatu yang baru.
Proses daya ingatan dibahagikan kepada 3 peringkat.
Terdapat dua kategori daya ingatan, iaitu daya ingatan jangka pendek dan daya ingatan jangka panjang.
Berikut adalah beberapa contoh masalah yang berkait dengan:
Daya Ingatan Jangka Pendek | Daya Ingatan Jangka Panjang |
Kesukaran mengingati apa yang baru sahaja dikatakan oleh seseorang kepada anda atau apa yang anda baru sahaja ingin lakukan. | Tersesat di tempat yang biasanya anda kenali atau mengambil masa lebih lama untuk melakukan tugas yang biasa anda lakukan masa dahulu. |
Beberapa masalah daya ingatan disebabkan oleh kesukaran untuk memberikan tumpuan. Anda tidak boleh mengingati / melakukan apa yang disuruh jika anda tidak boleh menumpukan perhatian semasa perbualan atau melakukan tugas.
Berikut adalah beberapa contoh-contoh masalah daya ingatan disebabkan kesukaran untuk memberikan tumpuan.
• Kesukaran melakukan pelbagai tugas dalam satu masa.
• Mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk melakukan sesuatu.
• Kesukaran untuk memulakan semula sesuatu tugas selepas perhatian terganggu.
Selain berupaya menerima dan menyimpan maklumat, otak kita melakukan pelbagai proses pemikiran yang lain. Masalah fungsi eksekutif boleh menjejas keupayaan seseorang untuk menguruskan diri mereka dalam mencapai matlamat.
Berikut adalah beberapa proses fungsi eksekutif:
Keupayaan untuk mengawal dan berfikir sebelum bertindak | Keupayaan untuk menilai sendiri prestasi atau tingkah laku anda |
Keupayaan untuk merancang semua langkah atau meyusun langkah-langkah dengan betul untuk sesuatu tugas | Keupayaan untuk menyimpan maklumat di dalam minda |
Keupayaan untuk memulakan sesuatu tugas | Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan dan penyelesaian masalah |
Keupayaan untuk menguruskan perasaan anda | Keupayaan untuk menguruskan kerja atau pelbagai tugas |
Otak anda mengenali objek dalam 2 peringkat.
PERINGKAT 1
Menerima maklumat daripada deria anda tentang bagaimana rupa, rasa dan bunyi sesuatu objek.
PERINGKAT 2
Biasanya sukar untuk membezakan antara kesukaran berbahasa dan agnosia.
Agnosia boleh menjejas anda melalui cara-cara yang khusus. Menggunakan cawan sebagai contoh, orang yang menghidap agnosia mungkin mengalami perkara-perkara berikut.
Pemeriksaan daya kognitif adalah satu cara mudah untuk menilai daya ingatan anda dan kemahiran pemikiran yang lain. Ia membantu menunjukkan sekiranya penilaian daya kognitif yang lebih terperinci diperlukan.
Pemeriksaan daya kognitif tidak digunakan untuk menentukan penyakit kognitif tertentu dan tidak menggantikan perundingan dengan doktor anda. Sekiranya masalah kognitif dikesan, anda harus membuat lawatan susulan untuk menjalani penilaian kognitif lebih terperinci dengan doktor anda.
Anda mungkin dirujuk untuk mendapatkan penilaian daya kognitif terperinci. Ini biasanya dilakukan oleh doktor, jururawat, ahli terapi carakerja (OT), atau ahli psikologi.
Ia adalah Penting untuk menjalani penilaian ini kerana keputusannya akan membantu pasukan penjagaan angin ahmar anda menentukan cara yang terbaik untuk membantu anda.
Bagi sesetengah orang, masalah kognitif boleh pulih dari masa ke masa, sama ada secara spontan atau menerusi pemulihan. Bagi yang lain, ia mungkin kekal
tanpa sebarang perubahan dan bagi beberapa orang pula, keadaan mereka boleh menjadi bertambah teruk.
Bergantung kepada jenis dan seteruk mana masalah kognitif yang dialami, sebahagian besar rawatan menumpukan kepada cara-cara untuk sama ada memperbaiki atau menangani masalah yang dialami.
Seorang pakar psikologi neuro dan/atau ahli terapi pekerjaan (OT) boleh mengajar anda beberapa senaman kognitif untuk memperbaiki daya ingatan dan kemahiran anda untuk menyelesaikan masalah.
Seorang ahli terapi seni atau muzik juga mungkin terlibat untuk memberi anda
senaman kognitif. Senaman kognitif ini mungkin terdiri daripada permainan,
teka-teki dan aktiviti harian yang dapat memperbaiki daya kognitif.
Teknik pampasan adalah strategi yang bertujuan untuk membantu anda dalam
menghadapi kesukaran dan tidak semestinya dapat menmperbaiki daya
kognitif anda. Bantuan seperti ini mungkin melibatkan penggunaan buku perancang harian dan buku nota daya ingatan.
Article available in English, Chinese and Tamil.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
This article was last reviewed on Thursday, September 26, 2024