Coping with cognitive issues after stroke
Kesukaran daya kognitif boleh terjadi selepas diserang angin ahmar. Ia boleh menjejas rutin harian anda, cara anda berfikir dan membuat keputusan. Walaupun ia mungkin kelihatan mencabar, terdapat cara-cara untuk membantu anda memperbaiki dan menangani kesukaran daya kognitif anda.
Senaman mental boleh membantu membina semula kesedaran mental dan daya tumpuan. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh memberikan senaman untuk otak anda.
Pelajari Sesuatu yang Baru
| |
Mulakan Hobi Baru
| |
Berseronok dengan Permainan Menguji Minda
|
A: Bekas pesakit angin ahmar mungkin mengalami kesukaran daya kognitif tetapi itu tidak semestinya bermakna mereka menghidapi penyakit demensia. Bekas pesakit angin ahmar hanya dianggap menghidapi demensia sekiranya kesukaran daya kognitif mereka terlalu teruk sehingga menjejas keupayaan untuk melakukan kegiatan kehidupan harian secara berdikari seperti mengendalikan kewangan, berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain, dan sebagainya. Akibatnya, mereka kini tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti tersebut atau akan memerlukan bantuan daripada orang lain untuk melakukan kegiatan-kegiatan tersebut disebakan kesukaran daya kognitif mereka.
A: Bekas pesakit angin ahmar yang mengalami kesukaran daya kognitif masih berkemungkinan mempunyai keupayaan mental. Bagaimanapun, jika mereka tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka atau membuat keputusan tentang kebajikan diri mereka, mereka mungkin tidak lagi mempunyai kemampuan mental.
Surat Kuasa Berkekalan (LPA) adalah dokumen yang sah di sisi undang-undang, yang membenarkan seorang yang berumur 21 tahun ke atas (pemberi kuasa – donor) dan ada keupayaan mental untuk melantik secara sukarela seorang atau lebih dari satu orang sebagai penerima kuasa (donee) untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihaknya dalam hal-hal kebajikan diri, harta benda dan urusan ataupun kedua-duanya apabila dia kurang keupayaan mental di masa hadapan.
Arahan Awal Perubatan (AMD) ialah dokumen undang-undang yang ditandatangani oleh seseorang dari awal bagi memaklumkan kepada doktor mengenai keinginannya untuk tidak menggunakan sebarang rawatan yang melanjutkan nyawa bagi memanjangkan kehidupannya sekiranya dia menghidapi penyakit yang membawa maut atau tidak sedarkan diri.
Surat Kuasa Berkekalan (LPA)
Pejabat Penjaga Awam
E-mel: enquiry@publicguardian.gov.sg
Hotline: 1800 111 2222
Laman Web: www.msf.gov.sg/opg
Advance Medical Directive (AMD)
Laman Web: https://www.moh.gov.sg/policies-and-legislation/advance-medical-directive
Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Singapura (SNSA) menganjurkan acara-acara lawatan bagi pesakit angin ahmar dan penjaga mereka untuk menyepadukan mereka semula ke dalam masyarakat. Mereka juga mempunyai Kumpulan Sokongan Angin Ahmar untuk menyediakan sokongan emosi dan sosial bagi pesakit angin ahmar dan penjaga mereka. | |
Laman Web: http://www.snsasg.org Emel: contact@snsa.org.sg Hotline: +65 8125 1446 | |
Ditubuhkan pada tahun 2015, S3 merupakan agensi pemulihan dan kesihatan komuniti pertama di Singapura dengan tumpuan pada strok (angin ahmar) khusus untuk memenuhi keperluan mangsa strok dan penjaga mereka di seluruh Singapura. Dengan S3, mangsa strok selepas discaj dapat menerima kesinambungan penjagaan melalui pemulihan yang mengintegrasikan teknologi pemulihan yang canggih dengan rawatan konvensional. Mangsa stroke boleh juga menyertai program khas S3 Wellness yang menggalakkan perkembangan kognitif dan psikososial untuk meningkatkan potensi pemulihan dan menjadi berdikari semula lagi. S3 terus bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mengumpulkan mangsa strok, keluarga mereka, sukarelawan dan lain untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan strok dalam masyarakat Singapura. | |
Laman Web: http://www.s3.org.sg/ Emel: info@s3.org.sg Hotline: +65 6473 3500 | |
Demensia Singapura (Dementia Singapore) telah ditubuhkan pada 1990 sebagai Persatuan Penyakit Alzheimer (Alzheimer’s Disease Association) untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada komuniti demensia yang semakin meningkat di Singapura, meningkatkan kesedaran dan mengikis stigma berkaitan dengan demensia. Sebagai Agensi Perkhidmatan Sosial yang terkemuka di Singapura dalam penjagaan khusus demensia, matlamat Demensia Singapura adalah untuk memberi sokongan terhadap keperluan orang yang mengalami demensia dan keluarga mereka, memperkasakan masyarakat melalui pembangunan keupayaan, pembelajaran dan perundingan; dan menghasilkan idea kreatif dan innovatif yang berpusat peribadi (personcentred) yang bermutu. | |
Laman Web: www.dementia.org.sg Hotline: +65 6377 0700 Alamat: 20 Bendemeer Road, #01-02 BS Bendemeer Centre, Singapore 339914 |
Article available in English, Chinese and Tamil.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
This article was last reviewed on Monday, October 21, 2024