Mengawal Faktor Risiko Angin Ahmar: Merokok dan Angin Ahmar

Post-stroke care management in smoking

Smoke_P1_SmokingMan.png

Merokok boleh meningkatkan peluang anda untuk menghidap masalah kesihatan yang serius termasuk angin ahmar. Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko ini secara ketara. Lembaran fakta ini menerangkan bagaimana merokok menjejaskan diri anda, risiko yang terlibat dan cara-cara untuk membantu anda berhenti merokok.

Tahukah anda?

Smoke_P1_brain.png

“Semakin banyak anda merokok, semakin kerap anda mengalami angin ahmar.”

Jika anda menghisap 20 batang rokok sehari, anda adalah 6 kali lebih berkemungkinan diserang angin ahmar berbanding dengan yang tidak merokok. Meneruskan merokok selepas angin ahmar juga meningkatkan risiko kematian anda sebanyak 3 kali ganda dalam setahun.

Smoke_P1_Cigarettes.png

Merokok merupakan penyebab terbesar kematian yang boleh dicegah di dunia

Di Singapura, kira-kira 6 orang mati sebelum waktunya setiap hari disebabkan penyakit berkaitan dengan merokok. Pilihan di tangan anda.

Smoke_P1_blockVessel.png

Merokok menjejaskan paras kolesterol anda

Menghirup asap rokok mengurangkan kolesterol baik (kolesterol HDL) dan meningkatkan kolesterol buruk (kolesterol LDL) dalam aliran darah anda. Ini boleh meningkatkan risiko anda diserang angin ahmar apabila otak tidak menerima aliran darah yang mencukupi.

Smoke_P1_heart.png

Merokok menjejaskan jantung anda

Merokok boleh mencetuskan episod degupan jantung tidak sekata, masalah jantung yang dikenali sebagai fibrilasi atrium, yang meningkatkan risiko angin ahmar anda sebanyak 5 kali ganda. 

Smoke_P2_BP.png

Merokok menjejaskan tekanan darah anda

Perokok juga lebih berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi, faktor risiko utama bagi angin ahmar. Jika anda seorang perokok yang mempunyai tekanan darah tinggi, risiko angin ahmar anda akan meningkat dengan ketara.

Smoke_P2_Bld sugar.png

Merokok meningkatkan risiko menghidap penyakit kencing manis Jenis 2

Perokok lebih berkemungkinan menghidap penyakit kencing manis jenis 2, yang merupakan faktor risiko lazim bagi angin ahmar. Nikotin daripada rokok melemahkan tindakan insulin dalam badan, menyebabkan rintangan terhadap insulin. Hal ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah yang lebih tinggi. 

 

Mitos lazim tentang merokok

Smoke_P2_Lung1.png

Mitos #1: “Mengurangkan jumlah batang rokok sudah mencukupi.”

Tadak benar. Asap rokok mengandungi lebih daripada 7,000 bahan kimia, yang mana lebih daripada 70 adalah dikaitkan dengan barah. Hanya sebatang rokok juga boleh merosakkan paru-paru dan saluran darah anda, serta meningkatkan risiko barah paru-paru. Mengurangkan jumlah batang rokok boleh menjadi langkah yang pertama, tetapi rancang untuk berhenti sepenuhnya untuk meraih manfaat kesihatan sepenuhnya.

Smoke_P2_filter2.png

Mitos: #2: “Saya menghisap rokok “bertapis” yang kurang bahaya.”

Tidak benar. Rokok yang bertapis tidak mengurangkan kesan bahaya merokok atas sebab-sebab berikut:

  1. Perokok tertipu dengan rasa selamat yang silap. Kajian menunjukkan bahawa paras tar rendah mempunyai kesan yang sedikit atau tiada kesan dalam mengurangkan risiko penyakit paru-paru dan jantung dan hanya menurunkan risiko barah paru-paru sedikit sahaja.
  2. Perokok menyekat saluran penapis dengan jari dan mulut mereka secara tidak sedar. Akibatnya, bahan kimia berbahaya tidak ditapis dengan berkesan.
  3. Perokok biasanya akan menarik nafas dalam-dalam apabila menghisap rokok rendah tar untuk mendapat ‘nikmat’ nikotin.
Smoke_P3_QuitSmoking3.png

Mitos #3: “Oleh sebab saya pernah mengalami angin ahmar, saya tidak perlu berhenti.”

Tidak benar. Meneruskan merokok selepas angin ahmar akan meningkatkan risiko anda diserang angin ahmar sekali lagi.

Smoke_P3_CrashCigaretteAshTray4.png

Mitos #4: “Saya sudah lama merokok. Sudah terlambat untuk saya membalikkan semula kesannya dan pulih.”

Tidak benar. Manfaat berhenti merokok bermula dengan serta-merta. Dalam tempoh 8 jam, paras oksigen anda bertambah baik, dan paras karbon monoksida dan nikotin berkurangan lebih daripada separuh. Selepas 2-12 minggu, peredaran darah anda bertambah baik. Selepas 5-15 tahun, risiko angin ahmar anda berkurang ke tahap risiko bukan perokok.

Smoke_P3_ManWCigarette5.png

Mitos #5: “Saya sudah cuba berhenti dan gagal jadi tiada gunanya mencuba
lagi.”

Tidak benar. Perkara yang paling penting adalah tidak berputus asa dengan diri sendiri. Ramai bekas perokok telah mencuba beberapa kali sebelum mereka dapat berhenti merokok sepenuhnya. Ingat, setiap percubaan adalah peluang bagi anda untuk lebih memahami perkara yang menyebabkan anda kembali merokok supaya anda tahu aspek yang harus diperbaiki dan apa yang harus dilakukan dalam percubaan seterusnya.

Smoke_P3_Nicotin6.png

Mitos #6: “Ubat untuk berhenti merokok tidak membantu.”

Tidak benar. Beberapa ubat, seperti terapi penggantian nikotin (NRT) termasuk gula-gula (lozenge), penampal dan gula-gula getah, bantu mengurangkan gejala penarikan supaya anda dapat memberikan tumpuan terhadap masalah yang menyebabkan anda merokok. Berserta dengan kaunseling, ubat-ubatan ini boleh menggandakan peluang anda untuk berhenti selamanya

 

Tip untuk membantu anda berhenti merokok

Smoke_P4_note1.png
Tuliskan sebab-sebab peribadi anda untuk berhenti merokok. Simpan senarai tersebut bersama anda dan baca untuk mengingatkan anda tentang motivasi anda.
Smoke_P4_calendar3.png
Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan patuhinya.
Smoke_P4_thinkbubble2.png
Kongsikan rancangan anda untuk berhenti merokok dengan rakanrakan
dan ahli keluarga supaya mereka boleh menyokong anda. Ini dapat membantu anda untuk teruskan berusaha.
Smoke_P4_phone4.png
Dapatkan bantuan dan sokongan daripada profesional penjagaan kesihatan anda atau kaunselor berhenti merokok. Atau anda juga boleh menghubungi QuitLine di 1800 438 2000 untuk bantuan lanjut.
Smoke_P4_HappyFace5.png
Kekal positif dan beritahu diri sendiri bahawa anda boleh lakukannya.

Maklumat hubungan berguna

Talian bentuan “QuitLine”
Tel: 1800 438 2000
Program “I Quit 28-Day Countdown” 
Laman web: https://www.healthhub.sg/programmes/88/IQuit

 

Article available in English, Chinese, and Tamil

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

Back to Top