Hal-hal Sosial dan Riadah selepas Angin Ahmar: Sukan, Senaman & Aktiviti Fizikal

Post stroke activities such as sports and exercises

Anda harus terus mementingkan sukan dan senaman selepas diserangi angin ahmar. Anda mungkin menghadapi berbagai halangan seperti ketidakupayaan fizikal, keletihan atau kemurungan yang mungkin menyekat anda daripada menyambung semula aktiviti yang anda gemari. Lembaran fakta ini memberikan maklumat tentang manfaat-manfaat melibatkan diri dalam sukan dan/atau aktiviti fizikal selepas angin ahmar dan bagaimana anda boleh memulakan perjalanan aktif ini.

Mengapakah penyertaan dalam aktiviti sukan dan senaman bermanfaat?

Sukan dan aktiviti fizikal mempunyai pengaruh positif kepada semua orang. Tiada bezanya bagi pesakit angin ahmar. Penglibatan dalam sukan dan senaman memberi peluang untuk:

Sport_P1_basketball.png
Mengurangkan risiko angin ahmar yang berulang dan penyakit kronik yang lain
Sport_P1_Racket.png
Meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan fizikal
Sport_P1_shuttle.png
Mengawal tekanan darah, kolesterol dan paras gula dalam darah
Sport_P1_Hockey.png
Membina kekuatan dan stamina
Sport_P1_PingPong.png

Meningkatkan kesejahteraan psikologi

  • Membangunkan rasa nilai dan harga diri yang lebih tinggi
  • Mengurangkan kemurungan, tekanan dan rasa cemas
  • Memperbaiki imej tubuh
Sport_P1_tennis.png
  • Meningkatkan interaksi sosial
    Membina dan mengukuhkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan
    Belajar untuk bekerja sebagai satu pasukan, berkomunikasi dengan orang lain dan menyelesaikan masalah

 

 

Sebanyak berapakah senaman yang perlu anda lakukan?

Sport_P2_Intro.png

Anda harus berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang disesuaikan untuk anda. Secara umum, sasarkan sekurang-kurangnya 150-300 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap minggu. 

 

Berdasarkan Garis Panduan Aktiviti Fizikal Singapura, ini adalah cara anda boleh menilai intensiti senaman:

Intensiti RinganBoleh bercakap dalam ayat penuh dan boleh menyanyi
Intensiti SederhanaBoleh bercakap dalam frasa atau ayat pendek tetapi tidak boleh menyanyi
Intensiti Cergas Sukar bercakap

 

Bagaimana untuk bermula? 

Sport_P2_Dr Med clearance.png

1. Pastikan anda disahkan sihat oleh doktor

Selepas pulih daripada angin ahmar, dapatkan nasihat doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum memulakan sebarang bentuk sukan atau program senaman. Lebih-lebih lagi jika anda sudah lama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Sport_P2_disability.png

2. Ketahuilah bagaimana angin ahmar telah menjejas diri anda

Sekiranya anda memang aktif sebelum diserang angin ahmar dan mahu kembali bersenam seperti dahulu, ia bergantung kepada bagaimana angin ahmar telah menjejas diri anda.

 

Sport_P2_exerciseChoices.png

3. Pilih satu aktiviti dan mulakan

Anda mungkin perlu menyesuaikan atau mengubahsuaikan sukan/ senaman anda, atau mencuba aktiviti baru. Mula secara perlahan-lahan dengan senaman berintensiti rendah, kemudian tingkatkan secara beransur-ansur.

Berbincang dengan ahli fisioterapi atau ahli terapi cara kerja anda untuk mendapatkan nasihat tentang jenis senaman dan/atau mencari aktiviti kecergasan baru yang anda gemari.

Bagaimana untuk memulakan perjalanan aktif ini?

Sport_P3_Intro.png

 

  • Berjalan atau program senaman di dalam rumah boleh disyorkan sebagai permulaan untuk meningkatkan aktiviti.
  • Cuba senaman berdekatan rumah cth. zon kecergasan luar, kelas senaman di pusat komuniti
  • Rujuk kepada pertubuhan-pertubuhan angin ahmar seperti Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) dan Stesen Sokongan bagi Pesakit Angin Ahmar (S3) untuk program dan aktiviti yang dianjurkan.

 

Article available in English, Chinese, and Tamil

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

Back to Top