Post-stroke care tips to manage alcohol consumption.
Minum alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan risiko anda mengalami angin ahmar. Kuncinya adalah kesederhanaan atau dalam sesetengah kes, lebih baik mengelakkan sepenuhnya jika risiko melebihi manfaat. Lembaran fakta ini memberikan maklumat tentang pengambilan alkohol selepas angin ahmar dan panduan yang boleh membantu anda mengehadkan pengambilan alkohol anda.
Anda dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor anda sama ada anda dibenarkan mengambil alkohol, kerana ini mungkin menimbulkan risiko yang tidak diingini atau yang memudaratkan penyakit anda dan ubat-ubatan preskripsi anda.
Pengambilan alkohol secara berlebihan meningkatkan risiko anda mengalami angin ahmar . Pengambilan alkohol turut menyumbang kepada keadaan kesihatan lain yang merupakan faktor risiko untuk mendapat angin ahmar seperti,
Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengawal pengambilan alkohol anda, terdapat beberapa sumber yang boleh anda rujuki.
Alcoholics Anonymous | Alcoholics Anonymous merupakan sekumpulan lelaki dan wanita yang berkongsi pengalaman, kekuatan dan harapan antara satu sama lain agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang sama-sama dialami dan membantu orang lain untuk pulih dari ketagihan alkohol. |
Laman web: http://www.singaporeaa.org Hotline: +65 81128089 Emel: help@singaporeaa.org | |
Kumpulan Keluarga Al-Anon Singapura merupakan sekumpulan saudara-mara dan rakan-rakan penagih alkohol yang berkongsi pengalaman, kekuatan dan harapan mereka untuk menyelesaikan masalah yang sama-sama mereka alami. Kami percaya bahawa ketagihan alkohol adalah penyakit keluarga dan perubahan sikap boleh membantu dalam pemulihan. | |
Laman web: https://www.alanonsingapore.org Hotline: +65 97742539 Emel: info@alanonsingapore.org | |
Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS) telah ditubuhkan di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada tahun 2008 dengan sokongan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menyediakan rawatan bagi orang-orang yang mengalami ketagihan. Di NAMS, kami menyediakan rawatan dan sokongan bagi ketagihan dadah, alkohol, perjudian, permainan video dan lain-lain. | |
Laman web: https://www.nams.sg Hotline: +65 67326837 Alamat: Block 9 (Level 1), Buangkok Green Medical Park, 10 Buangkok View, Singapore 539747 | |
WE CARE menawarkan kaunseling dan program untuk semua bentuk ketagihan termasuk dadah, alkohol, perjudian, seks, gangguan pemakanan, internet dan mencuri. Ia juga merupakan sebuah pusat berasaskan masyarakat yang boleh dilawati oleh individu yang sedang dalam proses pemulihan. Dengan menyediakan persekitaran yang selamat, pesakit kami dapat menumpukan kepada pemulihan mereka. | |
Laman web: http://www.wecare.org.sg Hotline: +65 3165 8017 Emel: help@wecare.org.sg Alamat: Kembangan-Chai Chee Community Hub, 11 Jalan Ubi, Block 5, #01-41, Singapore 409074 |
Article available in English, Chinese and Tamil.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
This article was last reviewed on Tuesday, October 29, 2024