Post-stroke care tips for caregivers
Penjaga memainkan peranan penting dalam pemulihan angin ahmar. Bagaimanapun, penjaga kadang-kala merasa tertekan, letih dan terasing. Keprihatinan dan sokongan daripada masyarakat, keluarga dan rakanrakan akan membantu anda menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai seorang penjaga.
Proses pemulihan adalah sukar dan membingungkan untuk bekas pesakit angin ahmar, penjaga dan ahli keluarga mereka. Tingkah laku, daya ingatan, komunikasi, emosi, dan keupayaan fizikal bekas pesakit angin ahmar ini boleh dipengaruhi secara negatif oleh angin ahmar. Bergantung kepada keperluan mereka, penjaga mungkin perlu memberikan sokongan dalam satu atau lebih perkara yang berikut:
Dengan mengetahui lebih banyak tentang angin ahmar dan jangkaan seorang penjaga, anda akan merasa lebih yakin dan kurang tertekan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang:
Bercakap dengan seseorang yang memahami. Hubungi keluarga dan rakan-rakan untuk berkongsi pengalaman anda.
Untuk kesejahteraan anda, dapatkan rawatan sementara jika anda perlu berehat. Anda boleh berbincang dan mengatur dengan rakan atau ahli keluarga yang lain untuk membantu. Sekiranya tidak dapat dilakukan, anda boleh merujuk ke laman web Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini.
Manfaatkan sumber-sumber masyarakat seperti Kumpulan sokongan angin ahmar untuk bekas pesakit angin ahmar dan penjaga mereka, Kursus-kursus latihan penjaga dan Pusat Khidmat Keluarga.
Mendapat sokongan untuk diri sendiri dan juga orang tersayang, adalah perlu dan bermanfaat bagi orang yang anda jaga dan juga diri anda sendiri. Berikut adalah beberapa cadangan untuk menjaga kesejahteraan diri anda:
Mengalami tekanan dan perasaan kehilangan juga adalah biasa dalam perjalanan penjagaan. Untuk membantu mengatasi perkara ini, anda boleh:
Segelintir penjaga mungkin mengalami kemurungan. Kemurungan boleh menjejas kesihatan anda dan meningkatkan risiko mendapat penyakit lain.
Berikut adalah beberapa gejala kemurungan:
Sekiranya anda mengalami lima atau lebih gejala ini selama lebih daripada dua minggu, anda harus mendapatkan bantuan profesional daripada seorang doktor, pakar psikiatri atau psikologi.
Sebelum keluar hospital, anda akan menerima nasihat dan, dalam beberapa kes, latihan di hospital mengikut keperluan orang tersayang anda. Anda mungkin dilatih dalam kemahiran tertentu, seperti memberi makan melalui tiub nasogastrik, posisi yang betul, dan teknik mengalihkan pesakit.
Selepas keluar hospital, terdapat perkhidmatan yang tersedia dalam masyarakat untuk membantu anda dalam peralihan dan menjaga orang tersayang anda. Kursus-kursus ini termasuk kemahiran asas kejururawatan, kemahiran asas penjagaan di rumah, dan pengurusan angin ahmar untuk penjaga. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati cawangan AIC Link yang berdekatan dengan anda atau rujuk laman web AIC.
AIC Link adalah pusat sumber untuk semua keperluan penjagaan yang mempunyai Perunding Penjagaan bersedia untuk memberi nasihat kepada pengasuh dan orang tersayang mereka tentang mendapatkan rawatan yang tepat di tempat yang tepat, dan membolehkan warga emas meniti usia lanjut di kawasan yang sama. Pejabat utama Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) terletak di Maxwell (di bahagian atas Pusat Makanan Amoy Street) Untuk lokasi AIC Link yang lain, sila layari: www.aic.sg/about-us/aic-link | |
Website: https://www.aic.sg/ Email: enquiries@aic.sg Hotline: 1800 650 6060 | |
Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) menganjurkan lawatan untuk pesakit angin ahmar dan penjaga mereka untuk menyatukan mereka semula ke dalam masyarakat. Mereka juga mempunyai Kumpulan Sokongan Angin Ahmar untuk memberikan sokongan emosi dan sosial kepada pesakit angin ahmar dan penjaga | |
Website: http://www.snsasg.org Email: contact@snsa.org.sg Hotline: +65 8125 1446 | |
Ditubuhkan pada tahun 2015, S3 merupakan agensi pemulihan dan kesihatan komuniti pertama di Singapura dengan tumpuan pada strok (angin ahmar) khusus untuk memenuhi keperluan mangsa strok dan penjaga mereka di seluruh Singapura. Dengan S3, mangsa strok selepas discaj dapat menerima kesinambungan penjagaan melalui pemulihan yang mengintegrasikan teknologi pemulihan yang canggih dengan rawatan konvensional. Mangsa stroke boleh juga menyertai program khas S3 Wellness yang menggalakkan perkembangan kognitif dan psikososial untuk meningkatkan potensi pemulihan dan menjadi berdikari semula lagi. S3 terus bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mengumpulkan mangsa strok, keluarga mereka, sukarelawan dan lain untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan strok dalam masyarakat Singapura. | |
Website: http://www.s3.org.sg/ Email: info@s3.org.sg Hotline: +65 64733500 | |
Family Service Centres (FSCs) | Pusat Khidmat Keluarga (FSC) merupakan pusat tumpuan berasaskan masyarakat dan penyedia khidmat sosial utama untuk keluarga yang memerlukan. Objektif FSC adalah untuk mempromosikan dan meningkatkan kesejahteraan sosial setiap individu dalam keluarga, dalam setiap peringkat kehidupan. FSC dikendalikan oleh pekerja sosial dan profesional lain yang dapat memberikan bantuan. |
Website: https://www.msf.gov.sg/docs/default-source/default-document-library/list-of-fscs-in-operation.pdf | |
StrokeHub adalah panduan sumber untuk bekas pesakit angin ahmar, orang tersayang dan penjaga mereka. Ia menyediakan maklumat tentang perkara-perkara berkaitan angin ahmar dan kehidupan selepas angin ahmar. Buku kecil dan lembaran fakta tersedia untuk anda muat turun. | |
Website: https://www.healthhub.sg/programmes/strokehub |
Article available in English, Chinese, and Tamil.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
This article was last reviewed on Tuesday, September 17, 2024