Kesan daripada Serangan Angin Ahmar: Menangani Perubahan Emosi

Coping with emotional changes after stroke 

 

Angin ahmar boleh terjadi secara tiba-tiba. Seperti sebarang masalah kesihatan yang mendadak, bekas pesakit angin ahmar dan keluarga mereka mungkin mengalami kesan emosi yang ketara. Selain merasa terkejut, mereka mungkin merasa buntu dan keliru, marah, bersalah dan kecewa. Sering kali, bekas pesakit angin ahmar sedang berduka kerana mereka tidak lagi merasa seperti diri mereka yang dahulu. Menangani perubahan kognitif dan fizikal pada tubuh mereka boleh mencabar emosi. Berikut ialah beberapa panduan untuk menangani perubahan-perubahan ini.

Apakah yang boleh saya lakukan tentang perasaan saya?

 

Coping Emotions P1.1.png
Dapatkan sokongan

Merasa buntu dan keliru adalah sesuatu yang normal. Beri diri anda masa dan ruang untuk merasai pelbagai emosi yang anda rasakan. Tiada tindak balas emosi yang betul ataupun salah terhadap serangan angin ahmar. Jika anda merasa sukar untuk menanganinya, bincangkan dengan doktor anda. Mereka boleh merujuk anda kepada sumber-sumber yang sesuai untuk mendapatkan sokongan.

 

Coping Emotions P1.2.png
Berhubung dengan seseorang

Kadangkala, bercakap dengan seseorang tentang perasaan anda boleh membantu anda memahami apa yang anda sedang alami. Bercakap dengan seseorang membuat anda merasa kurang bersendirian. Sumber sokongan anda juga mungkin dapat membantu anda dengan panduan dan strategi untuk menangani apa yang anda sedang alami. Berhubung dengan bekas pesakit angin ahmar yang lain adalah salah satu caranya. Anda boleh hubungi sumber-sumber Masyarakat seperti Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) atau Stesen Sokongan bagi Pesakit Angin Ahmar (S3) untuk mendapatkan sokongan.

 

Coping Emotions P1.3.png
Tetapkan matlamat yang realistik

Kadar pemulihan tidak sama bagi semua orang. Perhatikan tubuh anda. Berkomunikasi dengan ahli terapi pemulihan anda dan tetapkan matlamat yang realistik. Tangani perkara satu per satu, dan biarkan tubuh anda menyesuaikan diri dengan “norma baru”.

 

Coping Emotions P2.png
Libatkan diri dalam aktiviti yang membuat anda rasa gembira

Melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna kepada anda boleh membantu meringankan ‘mood’ anda. Antaranya termasuk meluangkan masa bersama orang tersayang dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari. Meskipun anda mungkin tidak dapat kembali melakukan beberapa aktiviti dengan segera, terdapat banyak cara lain yang masih boleh anda lakukan. Bincangkan dengan ahli terapi pemulihan anda untuk meneroka jenis aktiviti-aktiviti menarik yang mungkin anda mampu melakukan!

 

Coping Emotions P2.1.png
Amalkan aktiviti menenangkan diri atau ‘mindfulness’

Pernafasan merupakan suatu cara hebat yang dapat membantu menenangkan tubuh dan fikiran. Mengamalkan teknik menenangkan diri dan ‘mindfulness’ boleh membantu anda menangani tekanan atau rasa cemas seharian.

 

Coping Emotions P2.2.png
Manjakan diri anda

Raikan diri anda! Anda telah melalui cabaran hidup yang hebat. Manjakan diri anda dari masa ke masa kerana berjaya mengurus diri anda setakat ini. Hadiahkan diri anda dengan pemberian atau aktiviti yang anda gemari.

Bagaimanakah penjaga, ahli keluarga dan rakan-rakan boleh membantu bekas pesakit angin ahmar?

 

Coping Emotions P2.3.png
Bersabar dan bercakap dengan satu sama lain

Beritahu mereka bahawa anda bersedia untuk mendengar. Sering kali, anda hanya perlu berada di samping mereka dan bersedia untuk menemani mereka.

 

Coping Emotions P3.png
Bantu mereka berdikari semula

Salah satu cabaran yang paling sukar dihadapi oleh bekas pesakit angin ahmar ialah kehilangan keupayaan untuk berdikari. Sebagai ahli keluarga, secara semula jadi anda ingin membantu bekas pesakit angin ahmar sebaik mungkin. Daripada melakukan segala-galanya untuk ahli keluarga anda, galakkan mereka untuk mencuba dan berlatih bersama-sama dengan mereka. Ini akan membantu mereka merasa walaupun telah mengalami angin ahmar, mereka masih mampu memenuhi beberapa keperluan mereka sendiri, lantas meningkatkan harga diri, ‘mood’ dan pandangan mereka terhadap pemulihan. Bincangkan dengan ahli terapi pemulihan anda untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Coping Emotions P3.1.png
Bantu mereka kekal aktif

Memastikan orang tersayang anda kekal aktif boleh membantu meningkatkan ‘mood’ mereka. Melakukan aktiviti bersama boleh membantu menggalakkan ahli keluarga atau rakan anda.

 

Coping Emotions P3.2.png
Jaga kesejahteraan diri sendiri

Menjadi seorang penjaga boleh menyebabkan tekanan emosi. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan menjaga kesihatan emosi diri anda sendiri. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang sokongan penjaga daripada sumber-sumber masyarakat seperti Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) atau Stesen Sokongan bagi Pesakit Angin Ahmar (S3).

Di manakah saya boleh mendapatkan sokongan?

Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) menganjurkan lawatan untuk pesakit angin ahmar dan penjaga mereka untuk menyatukan mereka semula ke dalam masyarakat. Mereka juga mempunyai Kumpulan Sokongan Angin Ahmar untuk memberikan sokongan emosi dan sosial kepada pesakit angin ahmar dan penjaga mereka.

Laman web: http://www.snsasg.org

E-mel: contact@snsa.org.sg

Hotline: +65 8125 1446

Ditubuhkan pada tahun 2015, S3 merupakan agensi pemulihan dan kesihatan komuniti pertama di Singapura dengan tumpuan pada strok (angin ahmar) khusus untuk memenuhi keperluan mangsa strok dan penjaga mereka di seluruh Singapura. Dengan S3, mangsa strok selepas discaj dapat menerima kesinambungan penjagaan melalui pemulihan yang mengintegrasikan teknologi pemulihan yang canggih dengan rawatan konvensional. Mangsa stroke boleh juga menyertai program khas S3 Wellness yang menggalakkan perkembangan kognitif dan psikososial untuk meningkatkan potensi pemulihan dan enjadi berdikari semula lagi.

S3 terus bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mengumpulkan mangsa strok, keluarga mereka, sukarelawan dan lain untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan strok dalam masyarakat Singapura.

Laman web: http://www.s3.org.sg/

E-mel: info@s3.org.sg

Hotline: +65 6473 3500

 

Article available English, Chinese, and Tamil 

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

 

Back to Top