Hal-hal Social dan Riadah selepas Angin Ahmar: Kelayakan Memandu

Post-stroke management on going back to driving. 

Perubahan fizikal dan kognitif selepas angin ahmar boleh menyekat keupayaan anda untuk melibatkan diri dalam beberapa aktiviti buat sementara atau secara jangka panjang. Anda mungkin tidak sabar untuk memandu semula.

Bolehkah saya memandu selepas angin ahmar?

Perkara ini perlu dibincang bersama doktor pakar (pakar neurologi / pakar bedah saraf) dan pasukan penjagaan angin ahmar anda. Anda perlu berada dalam keadaan (i) kesihatan yang stabil selepas angin ahmar, bersama risiko angin ahmar berulang yang rendah dan mematuhi arahan rawatan angin ahmar, (ii) dinilai sebagai tidak mengalami kekurangan upaya baru yang boleh menjejaskan keupayaan anda memandu.  

 

Driving_P1_PoliceDr.png

Menurut Pasukan Polis Singapura (2023), “Jika anda mempunyai keadaan kesihatan atau kekurangan upaya fizikal yang mungkin menyebabkan anda tidak boleh memandu di Singapura di bawah undang-undang Singapura, anda akan diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada klinik atau doktor perubatan yang berdaftar di Singapura.”

Doktor perubatan akan membuat penilaian individu dan memberikan saranan untuk setiap pesakit angin ahmar. Doktor berkenaan akan berunding dengan pasukan penjagaan angin ahmar dan akan merujuk kepada Garis Panduan Perubatan mengenai Kecergasan untuk Memandu (2011) yang diterbitkan oleh Persatuan Perubatan Singapura (SMA).

Ringkasan tentang Garis Panduan SMA untuk angin ahmar adalah seperti berikut: 

  1. Pesakit yang mempunyai kekurangan upaya seperti sawan, kecacatan penglihatan yang ketara, penglihatan berganda, gangguan mental atau koordinasi yang dinilai sebagai cukup teruk untuk mengganggu kawalan kenderaan tidak boleh memandu.
Driving_P1_GreenBike.png

2. Kumpulan 1 (Lesen Kelas 1, 2 & 3)

  • Pesakit yang tidak mengalami sebarang kekurangan upaya boleh memandu semula selepas 1 bulan.
  • Pesakit yang masih mengalami kekurangan upaya ringan yang tidak mengganggu kawalan kenderaan boleh dibenarkan memandu jika pesakit lulus penilaian memandu (oleh ahli terapi penilaian-pemandu bertauliah) dan pemeriksaan akhir oleh pakar neurologi.
Driving_P1_Yellow Taxi.png

3. Kumpulan 2 (Lesen Kelas 4, 5 & Vakasional)

  • Pesakit yang pulih sepenunya boleh memandu semula 1 tahun selepas angin ahmar.
  • Pesakit mesti lulus penilaian memandu (oleh ahli terapi penilaian-pemandu bertauliah) dan pemeriksaan akhir oleh pakar neurologi.

Bolehkah saya memandu selepas Serangan Iskemik Sementara (TIA)?

Kumpulan 1 (Lesen Kelas 1, 2 dan 3)

  • Anda hanya dibenarkan memandu setelah bebas dari TIA selama 1 bulan.
  • Jika anda mengalami TIA secara berulang kali, anda perlu menunggu selama 6 bulan sebelum memandu semula.

Kumpulan 2 (Lesen Kelas 4, 5 dan vokasional)

  • Anda hanya dibenarkan memandu setelah bebas dari TIA selama 6 bulan.
  • Jika anda mengalami TIA secara berulang kali atau TIA batang otak (brainstem), anda dikehendaki bebas daripada TIA selama 1 tahun sebelum anda boleh memandu semula. 

Di mana boleh saya dapatkan penilaian memandu?

Doktor anda akan merujuk anda kepada ahli terapi penilaian-pemandu bertauliah yang akan menjalankan penilaian memandu secara menyeluruh di hospital-hospital yang berikut:

Driving Assessment and Rehabilitation Programme (DARP)

Clinic for Advanced Rehabilitation Therapeutics (CART)

Hotline: +65 6889 4580

Alamat: Tan Tock Seng Hospital, Annex 2, Level 1

7 Jalan Tan Tock Seng, Singapore 308440

Emel: CART@ttsh.com.sg

Driving Assessment and Rehabilitation Service (DARS)

Department of Occupational Therapy (Jurong Health)

Hotline: +65 6908 2222

Alamat: Jurong Community Hospital, Tower C, Level 1 Outpatient Rehabilitation 1 Jurong East Street 21, Singapore 609606

Laman web:  https://www.jch.com.sg/Health-Information/Documents/brochures/Driving%20Assessment%20%20Rehab_OT.pdf

SGH Driving Evaluation and Rehabilitation Service (SGH DrivERS)

Occupational Therapy Department 

Singhealth Tower / Outram Community Hospital

Hotline: +65 6321 4377

Alamat: 10 Hospital Boulevard, Level 4, Singapore 308433

Jika perlu, ahli terapi bertauliah berkenaan akan membantu anda mengaturkan pengubahsuaian kenderaan yang betul (contohnya tombol pemutar, injak pemacukaki kiri, kawalan tangan) dan kelas pemulihan memndu/ kursus latihan semula dengan jurulatih memandu yang berkelayakan (dari Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya atau jurulatih memandu peribadi khas) untuk membantu anda memandu semula dengan betul.

Semua laporan akhir keputusan memandu dari DARP dan DARS berkenaan tahap kecergasan untuk memandu perlu disahkan oleh doktor yang merujuk, bagi mengesahkan kecergasan kesihatan penuh untuk memandu semula selepas angin ahmar.

Driving_P3_head.png

Memandu tanpa pensijilan kecergasan?

Semua orang memainkan peranan dalam menjaga keselamatan di jalan raya. Memandu tanpa pensijilan kecergasan boleh menimbulkan bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Adakah Polis Trafik (TP) atau Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dimaklumkan tentang keadaan saya?

Driving_P3_TP.png

Pada masa kini, tiada keperluan undang-undang untuk doktor memaklumkan TP atau LTA. Bagaimanapun, Majlis Perubatan Singapura menyatakan bahawa tiada perlanggaran kerahsiaan perubatan sekiranya doktor memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa pesakit tidak cergas untuk memandu jika cara mereka memandu jelas boleh membahayakan orang ramai. 

Jika seseorang pesakit tidak menghadiri DARP atau DARS selepas rujukan perubatan dibuat, ini bermakna tahap kecergasan berfungsi beliau untuk memandu belum lagi mendapat pengesahan daripada doktor yang merujuk. Oleh yang demikian, DARP atau DARS akan memaklumkan ketidakhadiran pesakit tersebut kepada doktor yang merujuk, TP dan LTA untuk membuat susulan.

Jika anda dinilai sebagai layak untuk memandu jenis kenderaan yang tertentu sahaja sama ada dengan atau tanpa pengubahsuaian kenderaan (contohnya kereta automatik sahaja; kereta automatik dengan injak pemacu kaki kiri atau tombol pemutar kawalan tangan). Anda akan dinasihatkan oleh DARP atau DARS untuk memaklumkan juga kepada TP selepas doktor anda mengesahkan laporan memandu akhir. Ini membolehkan TP mengemaskinikan status lesen memandu anda.

Driving_P3CarCrash.png

Apa akan terjadi sekiranya berlaku kemalangan jalan raya dan anda belum lagi disahkan layak untuk memandu selepas angin ahmar?

Anda mungkin menghadapi masalah tuntutan insurans kenderaan.

 

Article available in English, Chinese and Tamil

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

Back to Top