Pemulihan selepas Angin Ahmar: Terapi Carakerja

Post-stroke care management on occupational therapy. 

Anda mungkin mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian anda selepas angin ahmar. Ahli terapi carakerja boleh membantu anda mempelajari semula kemahiran yang hilang dan menasihatkan cara-cara penyesuaian tugas supaya anda boleh terus melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang bermakna kepada anda. 

Apakah yang dimaksudkan dengan terapi carakerja?

Terapi carakerja (OT) ialah pekerjaan penjagaan kesihatan yang bertujuan untuk membolehkan pesakit mengambil bahagian dalam aktiviti harian
yang mereka perlu atau ingin lakukan. Ahli terapi carakerja membantu pesakit dalam penjagaan diri, melakukan kerja atau beriadah selepas angin ahmar.

Bagaimana terapi carakerja boleh membantu?

OT_P1_HandTherapy.png

Ahli terapi carakerja menggunakan aktiviti harian dalam perjalanan pemulihan anda untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Ahli terapi carakerja akan bekerjasama untuk membantu anda mempelajari semula kemahiran dan menyelesaikan masalah bagi meningkatkan keupayaan melakukan aktiviti-aktiviti yang penting. Mereka juga boleh membantu anda menemukan cara baru untuk melakukan sesuatu tugas atau mengesyorkan peralatan bantuan
atau yang disesuaikan yang boleh memudahkan penyertaan anda dalam aktiviti harian, seperti kerusi mandi untuk mandi atau kerusi roda untuk membantu dalam pergerakan. Untuk memastikan keselamatan anda di rumah, ahli terapi carakerja juga boleh memberikan nasihat tentang pengubahsuaian rumah dan menjalankan latihan bagi para penjaga. Selain penjagaan diri, mereka juga akan menilai keupayaan anda untuk menguruskan aktiviti harian seperti membeli-belah, memasak, menguruskan wang, dan tugas yang berkaitan dengan pekerjaan.

 

Di mana saya akan menjalani terapi?

OT_P2_map_location.png

Anda akan dirawat oleh ahli terapi carakerja di hospital apabila kesihatan anda sudah stabil. Anda boleh terus menerima rawatan pemulihan selepas itu dalam unit pemulihan khas (di hospital tersebut atau hospital masyarakat). Terapi boleh diteruskan di klinik pesakit luar hospital, pusat-pusat pemulihan siang hari atau khidmat terapi di rumah selepas anda dibenarkan keluar dari hospital. Adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor dan ahli terapi anda untuk mengetahui apakah yang terbaik untuk diri anda.

 

Bagaimanakah penjaga atau keluarga saya boleh membantu? 

OT_P2_TherapyPatient.png

Kami menggalakkan penjaga atau ahli keluarga anda untuk menghadiri sesi pemulihan bersama anda. Mereka boleh menjadi sumber sokongan sosial
untuk anda dan juga membantu anda dalam proses pemulihan anda. Ahli terapi carakerja anda juga boleh melatih penjaga atau ahli keluarga anda untuk memberikan tahap bantuan yang sesuai untuk anda jika perlu.

 

Tip untuk pemulihan

OT_P2_Notes.png
  • Amalkan aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh ahli terapi carakerja secara kerap.
  • Lebih kerap anda berlatih, lebih baik peluang anda untuk pulih.
  • Libatkan dan gerakkan bahagian yang terjejas sekerap mungkin semasa tugas harian.
  • Bersabar dan berusaha untuk jangka panjang dan bukan hasil yang segera.
  • Senaman mungkin membuat anda cepat letih pada mulanya. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda lakukan dan meningkatkan daya tahan anda secara beransur-ansur.
  • Gunakan buku nota untuk mencatat kemajuan anda.
  • Ketahui sumber-sumber masyarakat. (contohnya, anda boleh menyertai pertubuhan sokongan seperti Persatuan Angin Ahmar Kebangasaan Singapura (SNSA) atau Pusat Sokongan Strok (S3).

 

Article available in English, Chinese, and Tamil

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

 

Back to Top