Pemulihan selepas Angin Ahmar: Terapi Pertuturan untuk Masalah Kesukaran Berkomunikasi

Stroke rehabilitation in speech therapy for communication difficulties

ST_P1_Intro.png

 

Kesukaran berkomunikasi biasa terjadi selepas serangan angin ahmar. Lembaran fakta ini menerangkan bagaimana angin ahmar menjejas komunikasi anda dan bagaimana terapi pertuturan dapat membantu dalam pemulihan anda.

 

 

 

Bagaimanakah angin ahmar menjejas komunikasi saya?

Terdapat bahagian otak tertentu yang mengawal fungsi pertuturan dan komunikasi kita. Jika bahagian-bahagian otak ini terjejas oleh angin ahmar, ia boleh menjadi sukar untuk:

ST_P1_UnderstandWhatPeopleAreSaying.png
Memahami apa yang dikatakan oleh orang lain
ST_P1_Speak.png
Bercakap
ST_P1_Read.png
Membaca
ST_P1_Write.png
Menulis

 

Cabaran-cabaran ini boleh menjejas cara anda berkomunikasi dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk orang lain memahami apa yang anda ingin katakan.

Apakah jenis-jenis masalah berkomunikasi?

Bergantung kepada bahagian otak yang terjejas, anda mungkin mengalami satu atau lebih masalah berkomunikasi. Kesukaran yang biasa dialami termasuk:

ST_P2_BrainFunction.png

Disartria (Dysarthria)
Ini merupakan masalah yang paling biasa dialami. Disartria adalah kesukaran
pertuturan yang disebabkan oleh kelemahan otot atau masalah koordinasi.
Pertuturan anda mungkin menjadi kurang jelas, menyebabkan sukar untuk orang lain memahami anda.

Afasia (Aphasia)
Afasia adalah masalah penggunaan Bahasa. Ia boleh menjejas pemahaman
dan ungkapan anda, sama ada secara lisan atau dalam bentuk bacaan/tulisan.
Ia boleh terjadi dalam bentuk kesukaran untuk mencari perkataan yang
tepat untuk diucapkan, membentuk ayat, atau memahami apa yang anda dengar atau baca.

Apraksia Pertuturan (Apraxia of Speech)
Apraksia Pertuturan adalah gangguan pertuturanyang menjejas perancangan
pergerakan otot-otot yang digunakan untuk pertuturan (contohnya lidah, bibir, rahang). Otot-otot pertuturan mengalami kesukaran untuk bergerak mengikut urutan yang tepat pada masa yang diperlukan, menyebabkan kesukaran untuk bersuara, menyebutkan suku kata dan perkataan dalam pertuturan.

Disfonia (Dysphonia)
Disfonia adalah kesukaran untuk menghasilkan suara yang jelas. Individu yang mengalami disfonia mungkin mempunyai suara yang tegang atau serak. Sesetengahnya juga mungkin mengalami kesukaran mengawal kenyaringan dan kelantangan suara mereka.

Bagaimanakah Terapi Pertuturan boleh membantu?

Terapi pertuturan merangkumi pemeriksaan dan rawatan kesukaran berkomunikasi.

Ahli terapi pertuturan akan memeriksa dan bekerjasama dengan anda untuk menyesuaikan rawatan mengikut keperluan dan matlamat anda.

Terapi pertuturan boleh membantu memperbaiki komunikasi dan memudahkan interaksi yang lebih baik dengan:

ST_P3_ST.png
  • Melatih semula fungsi pertuturan dan bahasa anda
  • Mengajar anda strategi berkomunikasi yang tertentu
  • Melakarkan cara-cara berkomunikasi alternatif seperti memberi isyarat atau menggunakan carta atau alat berkomunikasi
  • Melatih ahli keluarga atau penjaga untuk menyokong komunikasi anda di rumah

Di manakah saya akan menjalani Terapi Pertuturan?

ST_P3_CH.png

Sekiranya anda didapati mengalami masalah berkomunikasi oleh pasukan perubatan, anda mungkin dirujuk kepada seorang Ahli Terapi Pertuturan di hospital besar atau hospital masyarakat.

Selepas anda keluar dari hospital, terapi boleh diteruskan di klinik pesakit luar hospital, di dalam masyarakat, atau dengan khidmat terapi di rumah. Anda harus berbincang dengan ahli terapi pertuturan anda untuk menentukan pilihan yang paling sesuai untuk anda.

Apakah peluang saya untuk pulih?

ST_P3_Family.png

Pemulihan daripada sebarang masalah berkomunikasi adalah sukar untuk diramal dan biasanya mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan.

Penyertaan aktif anda penting dalam proses pemulihan. Dengan latihan yang kerap dan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan, ahli terapi pertuturan boleh bekerjasama dengan anda untuk melakarkan cara-cara untuk anda memenuhi keperluan komunikasi anda.

Tip-tip pemulihan

  • Ambil bahagian dalam terapi pertuturan dengan secara aktif
  • Bawa keluarga atau rakan-rakan anda ke sesi terapi bersama anda supaya mereka juga boleh mempelajari strategi untuk membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik
  • Ambil setiap peluang yang ada untuk berkomunikasi dengan orang lain
  • Mudahkan pertuturan anda dengan menggunakan kata kunci atau ayat-ayat yang ringkas
  • Tanya satu soalan dengan cara satu per satu
  • Dapatkan penjelasan jika anda kurang faham
  • Gunakan gerak isyarat tangan atau lukisan untuk menyokong komunikasi anda jika perlu
  • Sertai dan ambil bahagian dalam kumpulan terapi yang terdapat di dalam masyarakat

Di mana saya boleh dapatkan sokongan?

Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) menganjurkan kelab angin ahmar sekitar dua bulan sekali.

Kelab angin ahmar adalah sebuah platform untuk bekas pesakit angin ahmar dan penjaga mereka bertemu, menyokong dan belajar daripada penceramah undangan tentang topik-topik yang relevan kepada mereka, seperti disfasia.

Laman web: www.snsasg.org

E-mel: contact@snsa.org.sg

Talian Hotline: +65 8125 1446

Aphasia SG merupakan sebuah pertubuhan bukan untuk meraih keuntungan yang menyokong penghidap afasia dan penjaga mereka.

Aphasia SG menjalankan pelbagai program untuk menyediakan peluang berbual, berinteraksi secara sosial dan menyanyi yang disokong dalam persekitaran yang mesra afasia.

Laman web: www.aphasia.sg

Article available in English, Chinese and Tamil

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

Back to Top