Kegiatan Sosial dan Masa Lapang selepas Angin Ahmar: Kembali Bekerja Selepas Angin Ahmar

Post-stroke management tip in returning in work

ReturnToWork_P1_Office desk.png

Kira-kira 30 peratus pesakit angin ahmar berusia di bawah 60 tahun. “Bolehkah saya kembali bekerja?” adalah soalan yang biasa ditanya oleh pesakit angin ahmar. Untuk menjawab soalan yang mencabar ini, anda harus terlebih dahulu memahami kesan-kesan angin ahmar, bagaimana ia menjejas keupayaan anda untuk bekerja, dan selepas anda kembali bekerja. Rehat yang secukupnya untuk proses pemulihan dan meningkatkan kesihatan anda sebelum kembali bekerja adalah amat penting. Berikut adalah beberapa nasihat dan rujukan untuk membantu anda dan sekeluarga dalam peralihan kembali bekerja.

Memulakan perjalanan ini

Berikut adalah beberapa perkara untuk dipertimbangkan:

ReturnToWork_P1_OfficeMultiTask.png

 

Fokus pada apa yang anda boleh lakukan.

Fahami bagaimana perubahan dalam keupayaan fizikal, berfikir dan berkomunikasi boleh menjejas diri anda di tempat kerja. Tugas kerja yang tertentu mungkin sukar untuk anda lakukan.

ReturnToWork_P1_batteryflatinperson.png

Keletihan yang biasa dialami selepas angin ahmar boleh menjejas keupayaan anda untuk kembali bekerja.

Keperluan untuk berehat secara kerap boleh menyukarkan anda untuk kembali bekerja sepenuh masa. Ketahuilah bahawa ia mungkin akan memakan masa untuk kembali kepada tahap tenaga dan toleransi aktiviti seperti dahulu.

ReturnToWork_P1_DrConsultElderlyWalkingstickpng.png

 

Pemahaman dan kesedaran mengenai keupayaan anda.

Sesetengah tugas mungkin kelihatan lebih mudah atau lebih sukar daripada yang anda fikirkan. Bincang rancangan anda untuk kembali bekerja dengan doktor dan pasukan penjagaan kesihatan anda.

 

ReturnToWork_P2_BossEmployeeDiscussion.png

Bersedia sekiranya anda tidak boleh kembali ke pekerjaan lama anda.

Bergantung kepada kemampuan anda pada masa ini, anda mungkin berupaya atau tidak berupaya melakukan kerja yang pernah anda lakukan. Bincang dengan majikan anda jika terdapat pilihan lain seperti aturan kerja alternatif seperti waktu kerja lebih singkat atau perubahan skop kerja.

 

ReturnToWork_P2_StaffAim.png

Rancang dengan baik dan tetapkan matlamat yang realistik.

Anda perlu berbincang dengan ahli terapi carakerja anda tentang rancangan anda untuk kembali bekerja. Mereka boleh membantu untuk menilai kekuatan, kelemahan dan keupayaan anda dan memadankannya dengan keperluan pekerjaan.

Kelebihan kembali bekerja

Kembali bekerja boleh membantu proses pemulihan dan meningkatkan mutu kehidupan anda selepas angin ahmar.

  • Fizikal
    Kembali bekerja memerlukan anda meninggalkan rumah anda. Perjalanan
    ulang-alik ke tempat kerja membantu anda untuk kekal aktif secara fizikal.
  • Daya Kognitif (keupayaan berfikir)
    Berada di tempat kerja membantu merangsangkan otak yang boleh meningkatkan daya tumpuan dan ingatan anda.
  • Kewangan
    Kembali bekerja membolehkan anda lebih berdikari secara kewangan dan dapat menyumbang kepada keperluan keluarga anda.
  • Sosial
    Kembali bekerja membolehkan anda berhubung semula dengan rakan-rakan dan teman sekerja. Berinteraksi dengan orang lain semasa bekerja memberi
    anda identiti sosial dan peluang untuk menyumbang.
  • Emosi
    Walaupun pada mulanya mungkin menakutkan, anda boleh meningkatkan keyakinan dan harga diri anda secara beransur-ansur sambil anda kembali berdikari melalui bekerja.

Mendapatkan Bantuan

Bincang dengan doktor, pakar penjagaan kesihatan dan majikan anda untuk melakarkan rancangan untuk anda kembali bekerja. Beberapa langkah yang perlu diambil:

ReturnToWork_P3_DrWSpeechBubble.png

 

Disahkan Sihat – Doktor

Bincang dengan doktor anda mengenai taraf kesihatan dan kecergasan anda untuk kembali bekerja.

 

ReturnToWork_P3_TherapyPtwalkingstick.png

Pemulihan Kerja – Terapi Carakerja

Seorang ahli terapi carakerja boleh membantu memudahkan anda kembali bekerja dengan menyediakan khidmat-khidmat berikut, jika perlu:

  • Menilai keupayaan dan kesediaan anda untuk kembali bekerja
  • Meningkatkan kemampuan anda bekerja melalui penyesuaian kerja
  • Melakukan penilaian tempat kerja dan memberi nasihat tentang pengubahsuaian pekerjaan dan tempat kerja
  • Memudahkan peralihan untuk kembali bekerja menerusi berhubung dengan doktor dan majikan anda untuk menetapkan rancangan kembali bekerja yang sesuai, sebagai sebahagian daripada khidmat penyelarasan kembali bekerja

 

ReturnToWork_P3_Boss.png

Berbincang dengan Majikan anda

Bincang dengan majikan anda samada mereka terbuka untuk mengubahsuai pekerjaan anda, seperti kembali bekerja secara bertahap dengan waktu kerja yang lebih singkat/fleksibel, tugas yang lebih ringan, atau pengubahsuaian fizikal kepada tempat kerja. Bincang dan nilai semula sasaran dan matlamat kerja agar anda dapat memenuhi jangkaan prestasi kerja anda.

 

ReturnToWork_P3_FamilySupport.png

Sokongan Sosial

Anda mungkin perlu berbincang dengan keluarga anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Mempunyai keluarga dan rakan-rakan untuk menyokong anda dalam perjalanan ini adalah penting bagi kesejahteraan diri anda. Anda juga boleh mempertimbangkan bantuan masyarakat bagi masalah kewangan.

Untuk maklumat lanjut dan rujukan

Pusat Bizlink adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang khas memberikan khidmat kepada individu yang kurang bernasib baik, khususnya orang kurang upaya, menerusi latihan dan pekerjaan di Singapura.

Program-program Bizlink menyediakan pelbagai latihan kemahiran insaniah dan latihan di tempat kerja yang memaksimumkan peluang untuk peserta mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.

Lelaman web: www.bizlink.org.sg
Family Service Centres (FSCs)

Pusat Khidmat Keluarga (FSC) terletak di dalam masyarakat untuk memberi bantuan dan sokongan kepada individu dan keluarga yang memerlukan. Ia dikendalikan oleh pakar khidmat sosial.

FSC terletak di kawasan perumahan HDB di sekitar Singapura. Anda boleh lawati lelaman web berikut untuk mencari FSC yang berdekatan dengan anda.

Lelaman web: https://www.msf.gov.sg/docs/default-source/default-document-library/list-of-fscs-in-operation.pdf  

SG Enable adalah pertubuhan untuk memperkasakan orang kurang upaya. Beberapa fungsi utama SG Enable termasuk:

• Mempertingkatkan maklumat dan khidmat rujukan untuk kanak-kanak dan orang dewasa;
• Menguruskan geran dan sokongan kepada orang kurang upaya dan penjaga mereka;
• Memperbaiki pengurusan peralihan dari satu tahap kehidupan ke tahap yang seterusnya;
• Mempertingkatkan daya kerja dan pilihan pekerjaan untuk orang kurang upaya; dan
• Mengumpul sokongan pihak berkepentingan dalam memperkasakan orang kurang upaya

* For Singapore Citizens and Permanent Residents only.

Lelaman web: https://www.sgenable.sg/ 

Hotline: 1800 8585 885

SPD adalah sebuah perbadanan amal tempatan yang ditubuhkan untuk membantu orang kurang upaya daripada pelbagai usia mencapai potensi mereka untuk berintegrasis ke dalam masyarakat.

Menerusi lebih daripada 20 program termasuk latihan, pekerjaan dan sokongan khidmat sosial, SPD berkhidmat untuk orang kurang upaya fizikal, deria dan mempunyai
permasalahan pembelajaran.

Lelaman web: http://www.spd.org.sg/

Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), agensi-agensi pemerintah yang lain, rakan kongsi tiga pihak, industri, dan persatuan profesional bagi membangunkan strategi untuk meningkatkan piawaian WSH di Singapura. Salah satu fungsinya adalah untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Program Kembali Bekerja (RTW)

Ini merupakan inisiatif untuk menyediakan intervensi awal untuk membantu pekerja yang tercedera membangunkan semula keupayaan bekerja mereka dan daya kerja jangka panjang, dan memastikan bahawa mereka menyumbang kepada produktiviti ekonomi di tempat kerja. Seorang Penyelaras RTW yang berpusat di hospital merupakan penghubung utama antara semua pihak-pihak yang berkepentingan.

Sila rujuk ke lelaman web untuk maklumat lanjut, risalah, dan senarai dan nombor telefon hospital yang mengambil bahagian.

Lelaman web: https://www.tal.sg/wshc

Kebolehan Melebihi Had dan Jangkaan (ABLE) adalah sebuah agensi perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk membolehkan mereka yang mengalami cabaran fizikal hidup dengan bermaruah dan mempunyai kehidupan yang produktif, bermakna dan berdikari.

 

Lelaman web: www.able-sg.org

Emel: enquires@able-sg.org 

 

Article available in English, Chinese and Tamil. 

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

Back to Top