Post stroke activities such as sports and exercises
Kesukaran untuk menelan boleh berlaku akibat serangan angin ahmar. Hampir separuh daripada pesakit angin ahmar akan mengalami kesukaran untuk menelan. Lembaran fakta ini menjalaskan bagaimana serangan angin ahmar boleh menjejas fungsi menelan dan rawatan yang tersedia untuk membantu anda.
Penelanan adalah tugas kompleks yang memerlukan otak anda untuk menyelaras otot-otot yang berbeza di dalam mulut dan tekak. Serangan angin ahmar boleh menjejas cara anda menggerakkan makanan di dalam mulut dan keupayaan anda untuk menelan. Ini dikenali sebagai disfagia (dysphagia).
Biasanya apabila menelan, makanan memasuki saluran makanan dan ke dalam perut. | |
Jika anda tidak boleh menelan dengan secara normal, makanan dan minuman boleh memasuki saluran udara dan paru-paru anda. Ini dipanggil aspirasi (aspiration). Beberapa tanda aspirasi termasuk batuk dan tersedak. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, aspirasi mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda-tanda. Ini boleh mengakibatkan jangkitan paruparu, yang boleh menjadi serius. Di samping itu, orang yang menghidap disfagia (masalah penelanan) juga menghadapi risiko kekurangan zat nutrisi dan masalah kekurangan air. |
Oleh itu, adalah penting untuk fungsi penelanan anda dinilai oleh seorang ahli terapi pertuturan yang terlatih, lebih-lebih lagi jika anda menunjukkan tanda-tanda berikut semasa atau selepas makan dan minum:
Jika anda mengalami disfagia (masalah penelanan), anda harus dirujuk kepada ahli terapi pertuturan. Kadang-kala, anda juga mungkin dirujuk kepada seorang dietitian (pakar diet & pemakanan). Mereka mempunyai peranan masing-masing dalam pengurusan disfagia (masalah penelanan) dan akibatnya.
Ahli terapi pertuturan menilai fungsi penelanan dan menasihati anda tentang strategi rawatan yang berikut (jika sesuai):
Senaman pemulihan penelanan Senaman ini melatih otot-otot yang terjejas untuk memperbaiki fungsi penelanan dan mengurangkan atau mencegah komplikasi. | |
Perubahan kepada tekstur makanan dan konsistensi minuman Untuk memudahkan anda menelan dengan lebih selamat, anda mungkin perlu membuat perubahan kepada minuman dan makanan anda. Ini termasuk memekatkan minuman anda atau mengubah tekstur makanan anda dengan mencincang, melumat atau mengisarnya. | |
Pengambilan makanan secara enteral (melalui tiub) Sekiranya ia tidak selamat untuk anda menelan, anda mungkin memerlukan kaedah pengambilan makanan alternatif. Pengambilan makanan secara enteral, atau menerusi penggunaan tiub, mungkin disyorkan untuk anda sebagai kaedah yang selamat menyampaikan hidrasi, zat dan ubatubatan secara langsung ke dalam perut anda. Contoh pengambilan makanan secara enteral termasuk penggunaan tiub nasogastrik (NGT) atau tiub gastrostomi (PEG). Doktor dan ahli terapi pertuturan anda akan berbincang bersama anda tentang pilihan-pilihan yang terbaik buat anda. |
Kesukaran untuk makan dan minum, boleh mengakibatkan dehidrasi (kekurangan air), kehilangan berat badan dan kekurangan zat nutrisi. Seorang pakar diet & pemakanan boleh memastikan bahawa anda mendapat zat nutrisi yang mencukupi.
Seorang pakar diet & pemakanan boleh menasihatkan anda tentang:
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa disfagia (masalah penelanan) boleh beransur pulih dalam beberapa minggu pertama selepas diserang angin ahmar. Bagaimanapun, bergantung kepada jenis dan tahap keterukan angin ahmar yang dialami, sebilangan kecil pesakit angin ahmar akan mengalami kesukaran jangka panjang.
Sekiranya anda masih mengalami disfagia (masalah penelanan) semasa keluar dari hospital, sila teruskan rawatan susulan dengan ahli terapi pertuturan anda. Beliau akan bekerjasama dengan anda dan penjaga anda untuk merancang program pemulihan anda di rumah dan memastikan bahawa anda makan dan minum di rumah dengan selamat.
Sekiranya anda pulang ke rumah dengan tiub pengambilan makan, anda atau penjaga anda akan dilatih untuk mengendalikan pengambilan makanan melalui tiub di rumah. Perkhidmatan masyarakat juga disediakan untuk membantu anda dengan cara-cara menjaga tiub pengambilan makan anda jika perlu.
Article available in English, Chinese and Tamil.
For more information on how to better manager your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
This article was last reviewed on Thursday, October 17, 2024