Hal-hal Sosial dan Riadah selepas Angin Ahmar: Melancong ke luar negara

 
Travelling_P1_intro.png

 

 

Perubahan kepada fizikal dan kesihatan selepas serangan angin ahmar ialah perkara yang perlu dipertimbangkan apabila melancong ke luar negara. Jika anda merancang untuk pergi bercuti atau perlu ke luar negara untuk urusan perniagaan, nota informasi ini membekalkan maklumat yang dapat membantu anda dalam perancangan perjalanan anda

 

Bolehkah saya ke luar negara selepas angin ahmar?

 
Travelling_P1_DrConsult.png

 

Dalam beberapa minggu selepas diserang angin ahmar, anda berisiko tinggi untuk mendapat serangan angin ahmar sekali lagi. Anda mungkin perlu menghadiri pemeriksaan susulan untuk pemantauan dan rawatan selepas angin ahmar.

Serangan angin ahmar anda mungkin menyebabkan anda mengalami masalah mobiliti/ pergerakan. Anda mungkin perlu menghadiri terapi pemulihan untuk tempoh masa yang tertentu bagi memulihkan semula fungsi fizikal.

Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat perubatan individu dan risiko perjalanan selepas angin ahmar, sekiranya anda berancang untuk ke luar negara.

 

Penerbangan dan angin ahmar

 
Travelling_P1_plane.png

 

Mungkin terdapat beberapa pertimbangan dari segi perubatan untuk penerbangan selepas serangan angin ahmar. Setiap syarikat penerbangan mempunyai peraturan mereka tersendiri berkenaan penerbangan dengan masalah perubatan tertentu. Anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor dan memeriksa dengan syarikat penerbangan sebelum merancang perjalanan anda.

 
Travelling_P1_DrCertify.png

 

Anda mungkin diminta untuk menyerahkan surat doktor atau mengisi borang pemeriksaan pelepasan syarikat penerbangan. Ini mungkin termasuk permintaan bagi bantuan perubatan khas atau penggunaan peralatan perubatan dalam pesawat.

 

Tip perjalanan ke luar negara

Bantuan penumpang kurangan upaya semasa perjalanan udara

 
Travelling_P2_pushWheelchair.png
  • Anda dinasihatkan agar menghubungi pejabat syarikat penerbangan anda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penerbangan sekiranya anda memerlukan tempat duduk khas atau memerlukan bantuan seperti penggunaan kerusi roda semasa penerbangan anda.
  • Anda harus mempertimbangkan untuk ditemani oleh seseorang dalam perjalanan anda sekiranya anda memerlukan bantuan untuk makan, ke tandas, bergerak ke pintu kecemasan atau mengalami kesukaran untuk memahami taklimat keselamatan.
  • Semua penumpang yang mempunyai kekurangan upaya digalakkan agar mendaftar masuk sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum berlepas untuk memastikan perjalanan yang lancar.

 

Perjalanan dengan ubat-ubatan 

 
Travelling_P2_MedsBottle.png

 

  • Bawa ubat-ubatan yang mencukupi bersama anda apabila melakukan perjalanan ke luar negara.
  • Anda harus membawa salinan preskripsi atau surat doktor jika anda membawa ubat-ubatan atau peralatan perubatan di dalam beg tangan anda. Ini adalah berguna apabila melalui pemeriksaan keselamatan penerbangan dan kastam.

 

Perjalanan yang jauh

 
Travelling_P2_DVT.png

 

Besar kemungkinan anda tidak aktif buat tempoh masa yang lama sekiranya anda melakukan penerbangan yang panjang. Anda akan berisiko mendapat trombosis vena dalam (DVT). Berikut ialah beberapa cara untuk membantu mengurangkan risiko DVT.

  • Minum air yang banyak jika tidak dilarang dari segi perubatan.
  • Lakukan senaman mudah seperti meregangkan dan melunjurkan pergelangan kaki anda.
  • Jika boleh, pastikan anda kekal aktif dengan berjalan secara kerap.

 

Article available in English, Chinese, and Tamil 

For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.

Back to Top