Korang Ok? - Ayam Bakar Serai

Live a fuller and sweeter life with your loved ones by taking small steps towards healthier living. From healthier eating to mental wellbeing tips as well as health screening subsidies and free physical activity events near you – we’ve got you covered to help you kick start and continue your healthy journey!

Bahan-bahan

  • 2 bahagian ayam, dipotong suku, tanpa kulit
  • 1 ½ biji limau
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 8 batang cili merah
  • 5 biji bawang merah, dikupas
  • 3 ulas bawang putih, dikupas
  • 2 batang serai, lapisan luar dikopak, dihiris nipis
  • 1 sudu teh garam rendah natrium HCS
  • 2 sudu makan minyak masak HCS
Pilih produk dengan Lambang Pilihan Lebih Sihat (HCS)

Cara-cara

  • Langkah 1: Perahkan ½ biji jus limau, masukkan serbuk kunyit, ½ sudu kecil garam dan gaulkan dengan ayam.
  • Langkah 2: Masukkan ½ sudu makan minyak masak pada pemanggang dan panggang ayam dengan tudung pemanggang selama 5 minit bagi kedua-dua belah dengan api sederhana.
  • Langkah 3: Sementara itu, masukkan cili merah, bawang merah, bawang putih dan serai ke dalam pengisar dan kisar tanpa air.
  • Langkah 4: Selepas itu, masukkan 1½ sudu makan minyak masak, masukkan pes yang dikisar dan daun limau purut ke dalam pemanggang. Teruskan memasak dengan tudung pemanggang selama 10 minit.
  • Langkah 5: Buka tudung pemanggang, perahkan 1 biji jus limau, masukkan ½ sudu teh garam dan panggang ayam selama 10 minit lagi. Balikkan ayam antara pemanggang.
Pilih produk dengan Lambang Pilihan Lebih Sihat (HCS)

Petua

  1. Hidangan ini paling sesuai dihidangkan sebagai sebahagian daripada Pinggan Sihat Saya. Isi separuh pinggan dengan salad, suku pinggan dengan protein iaitu ayam dan suku pinggan nasi perang campuran.

Join Our Community

Be part of a community that makes healthy living easier and more fun! Follow us on Facebook to stay inspired with healthy lifestyle tips, plus get the latest updates on programmes and events designed to support you and your loved ones.​

Back to Top