Korang Ok? - Mee Bandung

Live a fuller and sweeter life with your loved ones by taking small steps towards healthier living. From healthier eating to mental wellbeing tips as well as health screening subsidies and free physical activity events near you – we’ve got you covered to help you kick start and continue your healthy journey!

Bahan-bahan

Bahan-bahan A (stok daging)

  • 400g daging lembu, dihiris
  • 2 liter air

Bahan-bahan B (dikisar)

  • 1 biji bawang besar, dipotong 4
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia, dihiris

Bahan-bahan C

  • 500g spaghetti bijirin penuh
  • 250g sambal HCS
  • 100g udang kering, direndam selama 10 minit, air dibuang
  • 1 sudu makan sos tiram HCS
  • 130g sos tomato HCS
  • 2 sudu makan sos cili HCS
  • 2 sudu makan gula

Bahan-bahan D (hiasan)

  • 2 keping tauhu, digoreng, dipotong kecil
  • 2 batang cili merah, dihiris
  • 2 batang cili hijau, dihiris
  • 60g daun ketumbar
  • 80g bawang goreng
Pilih produk dengan Lambang Pilihan Lebih Sihat (HCS)

Cara-cara

  • Langkah 1: Hiris daging dan rebus selama 30 minit.
  • Langkah 2: Rebus spaghetti dengan 800ml air didih selama 12 hingga 20 minit.
  • Langkah 3: Masukkan bahan-bahan B ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  • Langkah 4: Panaskan periuk dengan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar selama 7 minit. Masukkan udang kering dan tumis selama 2 minit lagi.
  • Langkah 5: Masukkan sambal, sos tiram, sos tomato, sos cili, gula, tomato dan masak selama 2 minit. Masukkan air rebusan daging dan hirisan daging. Masak selama 5 minit.
  • Langkah 6: Masukkan kacang tanah yang dikisar dan masak selama 3 minit. Kemudian, masukkan udang segar dan masak selama 3 minit lagi.
  • Langkah 7: Letakkan sayur-sayuran dan pecahkan telur.
  • Langkah 8: Letakkan spaghetti ke dalam pinggan, susun udang, daging dan telur. Tuangkan kuah dan hiaskan dengan bahan-bahan D.
Pilih produk dengan Lambang Pilihan Lebih Sihat (HCS)

Panduan Pemakanan Lebih Sihat

  1. Bijirin penuh bukan sekadar terdiri daripada beras perang dan roti mil penuh. Cuba spaghetti atau mi bijirin penuh untuk menambah tekstur menarik pada hidangan.

Join Our Community

Be part of a community that makes healthy living easier and more fun! Follow us on Facebook to stay inspired with healthy lifestyle tips, plus get the latest updates on programmes and events designed to support you and your loved ones.​

Back to Top